Wednesday, July 14, 2010

mujahiDah sejaTi...


Engkau Wanita Mujahidah Sejati…
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad..
Bilakah akan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad..
Kelak kau akan pergi mendampinginya di bumi Jihad..
Engkau selalu siap dengan semua syarat yang diajukannya..
cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Engkau rela bermusuhan mengembara dengannya lindungi Dienullah
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah

Tak mungkin ku pilih dirimu..bila dunia lebih kau damba..
Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam..
Hidup terasing apa adanya.. asalkan di akhirat bahagia..
Bila kau setuju dan akupun tidak meragukanku..
Bulat tekadku untuk menemanimu..

Engkau Wanita mujahidah pilihan..
Yang mengalir di nadimu darah lelaki yang berjihad..
Bilakah akan datang menghampirimu seorang peminang yang penuh ketawadhu`an..
Kelak bersamanya kauharungi bahtera lautan jihad..
Andai tak siap boleh kau pilih..
Agar kelak batin, jiwa dan ragaku tak terusik,
terbebani dengan segala kemanjaanmu, kegundahanmu, kegelisahanmu..
terlebih keluh kesahmu..
Sebab meninggalkan dakwah karana lebih mencintaimu..
dan menanggalkan pakaian taqwamu karana laranganku…

Tak mungkin kau memilihku…
bila yang fana lebih aku cinta..
Lupa akan kemilau dunia dan bergemerlapan lampu kota..
lazatnya makanan dan lajunya masuh durjana..
Meniti jalan panjang di medan jihad..
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah..
serta debu yang berterbangan,
keringat luka dan kesyahidan pun terulang..
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu..
Teguhkan `azzam`mu tuk lupa akan diriku..

Engkau wanita dari bumi Jihad..
Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad…
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan..
tepiskan semua mimpi yang tak bererti…
Adakah yang siap mendamaikan Hati ??????
Kerana tak mungkin kauteruskan perjalanan ini sendiri..
tanpa peneguh langkah kaki.. pendamping perjuangan..
Yang melepasmu dengan selaksa doa`..
meraih syahid.. tujuan utama..
Robbi.. terdengar panggilanMu tuk meniti jalan redhoMu..
Kauharapkan penolong dari hambaMu… menemani perjalanan ini..



No comments:

Post a Comment