Tuesday, December 17, 2013

nuRin syg....


lama dah x berblog...namun hari ini hati terdetik nak buka blog...rupanyer dah hampir dua tahun hubungan kami..alhamdulillah dah dikurniakan seorang puteri penyeri hati abi dan umi...terima kasih Ya Allah di atas kurniaanMu ini....semoga nurin sentiasa di dalam jagaanNya selalu...amin...

Saturday, May 26, 2012

HarapaN baRu bersamaMu....


st janji telah terlaksana...ya Allah..lindungilah aku,berilah aku kekuatan dalam mengharungi cubaan alam rumahtangga ini....120312...dengan sekali lafaz ku telah menjadi isteri seseorang...seseorang yg aku percaya dan yakin mampu membimbingku kearah jalan yg diredhaiNya...bersama harapan baru,ku dan die dah sah jd suami isteri..perkenalan yg singkat rupenyer membawa kami ke jinjang pelamin...syukur pdMu ya Allah..,peliharalah hubungan kami,moga ianya sentiasa diredhaiNya...tanamkanlah sifat sabar dlm hati kami,sabar dlm menempuh cubaan dan dugaanMu hari ini,esok dan seterusnyer...moga rumahtangga yg kami bina ni kekal bahagia hingga kesyurgaMu ya Allah...

Monday, July 11, 2011

hatiKU,,,,

Tuhanku, Aku masih ingat, saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu…
Lembar demi lembar kitab kupelajari…
Untai demi untai kata para ustaz kuresapi…
Tentang cinta para nabi.
Tentang kasih para sahabat.
Tentang mahabbah para sufi.
Tentang kerinduan para syuhada.
Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam.
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan idealisme yang mengawang di awan…


Tapi Ya Rabbi,
Berbilang detik, minit, jam, hari,bulan dan kemudian tahun berlalu…
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama, tapi…
Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu…
Aku makin merasakan gelisahku membadai…
Dalam cita yang mengawang.
Sedang kakiku mengambang, tiada menjejak bumi…
Hingga aku terhempas dalam jurang
Dan kegelapan…

Wahai Ilahi,
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun berlalu…
Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi
dan menegakkan jiwaku kembali.
Menatap, memohon dan menghibaMu...

Allahu Rahiim, Ilaahi Rabbii,
Perkenankanlah aku mencintaiMu, Semampuku

Allahu Rahmaan, Ilaahi Rabii
Perkenankanlah aku mencintaiMu Sebolehku
Dengan segala kelemahanku.

Ya Ilaahi,
Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al Musthafa.
Kerana itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku.

Ya Rabbii,
Aku tak sanggup mencintaiMu seperti Abu Bakar,
yang menyedekahkan seluruh hartanya dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad.
Atau Uthman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan dinMu.
Izinkan aku mencintaiMu, melalui seringgit-dua yang terulur
pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan,
pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di tepi jambatan.
Pada makanan–makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan.

Ya Ilaahi,
Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan khusyuknya solat salah seorang shahabat NabiMu hingga tiada terasa anak panah musuh menujah di kakinya.
Kerana itu Ya Allah,
perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu,
dalam solat yang cuba kudirikan terbata-bata,
meski ingatan kadang melayang ke berbagai permasalahan dunia.

Ya Rabbii,
Aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib,
yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu.
Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku.
Dalam satu dua sunnah nafilahMu.
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.

Yaa Maha Rahmaan,
Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para al hafidz dan hafidzah,
yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam.
Perkenankanlah aku mencintaiMu,
melalui selembar dua lembar tilawah harianku.
Lewat lantunan seayat dua ayat hafalanku.

Yaa Maha Rahiim,
Aku tak sanggup mencintaiMu semisal Sumayyah,
yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DinMu.
Seandai para syuhada, yang menjual dirinya dalam jihadnya bagiMu.
Maka perkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu.
Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Kariim,
Aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya,
bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putra dan zaujahnya,
dan patuh mengorbankan pemuda biji matanya.
Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya.
Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku,
dengan mencintai sahabat-sahabatku,
dengan mencintai manusia dan alam semesta.

Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku.
Agar cinta itu mengalun dalam jiwa.
Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku.

Saturday, June 18, 2011

060611



"Ya Allah... Saat aku menyukai seseorang Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir Sehingga aku tetap bersama yang tak pernah berakhir Ya Allah... Saat aku merindukan seorang kekasih Rindukanlah aku pada yang rindu Cinta Sejati-Mu Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi Ya Allah... Aku hendak mencintai seseorang Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu Agar betambah kuat cintaku kepada-Mu Ya Allah... Ketika aku sedang jatuh cinta Jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku pada-Mu … Ya Allah... Ketika aku berucap aku cinta padamu Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada-Mu Agar aku tidak jatuh dalam cinta yang bukan karena-Mu Ya Allah, kurniakan aku cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu, serta amalan-amalan yang membawa aku kepada cintaMu Andai benar kau ingin dicintai lelaki dan perempuan soleh maka tautkanlah cintamu pada Allah, pastinya sebaik-baik teman hidup Allah hadiahkan padamu"

Tuesday, April 19, 2011

tINta buat baKaL suamiKU...


Nukilan yang ikhlas ini ku tulis dari hatiku untuk Dirimu..Wahai buah hati bakal membimbing ku kelak..Di mana sahaja Dikau berada ketahuilah Diriku ini sentiasa menanti kehadiranmu dalam hidupku..Sebelum lebih panjang celotehku..Ingin ku ucapkan ribuan terima kasih kepada Dirimu kerana memilih Diriku yang serba kekurangan ini daripada jutaan wanita di luar sana untuk menjadi peneman hidupmu..

Kehadapan pemimpin ku kelak..

Diriku ingin dirimu tahu bahawa Diriku ini hanya insan biasa.. Yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan..Jadi, janganlah Dikau marah padaku atas setiap kesilapanku..Diriku mungkin terlupa, tersilap serta lalai.. Nasihatilah Diriku dengan cara berhikmah serta mau’izatul hasanah iaitu nasihat nasihat yang baik agar dapat Dikau mendidikku dalam keadaan yang diredhai Allah.. Seperti firman Allah dalam surah AN-Nahl ayat 125..

Maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu ) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang – orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Serta Diriku mohon agar sifat marah tidak akan berputik dalam hatiku dan hatimu..Marah bukannya cara untuk menyelesaikan masalah sebaliknya menambahkan masalah..Maka dengan itu, Diriku mohon agar Diriku dan Dirimu dapat mengawal perasaan marah masing-masing kerana Diriku hanya ingin suasana yang aman damai dan tenang bersama dirimu kelak..

Sabda Rasullullah S.A.W. yang bermaksud; “Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan ketika dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)”

(Hadis Riwayat Baihaqi)

InsyaAllah Diriku akan mendengar nasihatmu kerana bagiku Dikaulah pemimpinku..Maka takutlah aku untuk menidakkanmu..

Buatmu yang bakal menyayangiku..

Seperti yang ku beritahu padamu, Diriku tiada yang istimewa.. Perasaan lebih cenderung untuk menguasai fikiranku..Diriku hanyalah seorang wanita yang mempunyai 9 nafsu dan 1 akal berbanding dirimu yang memiliki 1 nafsu dan 9 akal..Sudah terang lagi bersuluh bahawa setiap tindakan Dirimu lebih wajar daripada Diriku..Perasaan ku mungkin terganggu pada sesetengah masa..Hatiku mungkin cepat tersentuh..Diriku mungkin terlebih sensitif berbanding dirimu..Pasti Dirimu akan menemukanku dalam keadaan menangis..Ketahuilah bahawa Diriku hanya inginkan perhatian yang lebih darimu.. Ingin sungguhku berada dalam pelukan seorang lelaki yang menyayangiku pada ketika itu..Maka tenangkanlah Diriku dalam pelukanmu..Kerana Diriku berasa selamat tatkala berada dalam pelukanmu serta keprihatinanmu terhadap diriku dapat ku rasa..

Duhai Dikau yang akan menikahi ku kelak..

Sematkanlah dalam mindamu bahawa Diriku tidak akan sentiasa kekal sepertimana pertama kali Dikau melihat Diriku.. Diriku tidak memiliki kecantikan seperti Puteri Balqis yang Dikau bisa megah-megahkan di kalangan temanmu.. Diriku tidak pernah berasa cantik sungguhpun Dikau mungkin berkata bahawa Diriku adalah wanita tercantik di matamu..Diriku hargai segala pujian Darimu tetapi janganlah Dikau memberi ruang padaku untuk menyemai sifat riak, ujub, dan takbur kerana itu adalah syirik khafi yang perlu dijauhi..Allah berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 65 :

Maksudnya : Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepada kamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi terdahulu daripada kamu : Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu dan engkau akan tetap menjadi orang-orang yang rugi..

Maka, sekiranya Diriku tersilap dan melakukan perkara tersebut (nauzubillah)..Ingatkanlah Diriku pada doa yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. ini..

“ Ya Allah, Kami berlindung kepadaMu dari menyetukukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun kepadaMu dari segala sesuatu yang tidak kami ketahui ”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)idak selamanya Diriku akan kekal muda, cantik dan cergas.. Pasti adakalanya Diriku akan kelihatan begitu kusam dan hodoh malah bedak tipis juga tidak berada di mukaku.. Mungkin kerana Diriku begitu sibuk memasak di dapur pada ketika itu untuk menyediakan santapan buatmu dan anak-anak kita nanti..InsyaAllah..Mungkin juga kerana diriku sibuk menguruskan mahligai indah kita sungguhpun tidak sebesar mana..Agar dapat Dikau berehat dan melepaskan lelah setelah penat bekerja mencari nafkah buat keluarga..Kemungkinan sahaja Diriku tidak sempat berdandan ketika menyambut kepulangan Dirimu dari kerja..Mungkin akan ku sambut kepulanganmu dengan hanya segelas air kopi di tangan dan akan ku tukar kopi tersebut dengan beg kerjamu setelah ku cium tanganmu..Atau mungkin sahaja Dirimu menemui Diriku dengan lingkaran hitam dikeliling mataku.. Janganlah dikau ketawa dan memanggilku “mama panda” kerana bukan tujuanku untuk kelihatan seperti itu..Diriku mungkin tidak cukup tidur pada malam sebelumnya kerana menjaga anak kecil kita yang merengek kerana tidak sihat.. Tidak sampai hatiku mengejutmu dari tidur kerana ku tahu Dirimu letih mencari rezeki untuk keluarga.. Sanggup ku bersengkang mata demi kebahagiaan rumah tangga kita.. Maka, keesokan paginya hadiahkanlah senyuman yang manis padaku tanda Dirimu senang dengan Diriku tidak kiralah apa jua rupa keadaanku..

Padamu yang akan menjadi ketua keluargaku kelak..

Ingatlah bahawa Diriku ini tetap wanita biasa yang bisa menangis, marah, kecewa, gembira, sedih dan ketawa..Maka Diriku berharap agar dapat Dirimu bersabar dengan segala kerenah Diriku.. Bukan niatku untuk membuat Dirimu pening dengan kerenahku tetapi telah ku katakan tadi..Aku hanyalah wanita biasa dan diriku tidak sesabar Fatimah..Ada kalanya tanganku akan mencubit manja pipi munggil anak kita atau memukul buah hati kita.. Bukan bermakna Diriku membenci mereka.. Ibu mana tidak sayangkan anaknya..Tidak akan ku kasari putera puteri kita.. Tetapi sekiranya Diriku sudah buntu bagaimana hendak menenangkan rengekan putera puteri kita, mungkin Diriku akan berbuat demikian.. Janganlah Dikau menengking padaku kerana mengasari anak-anak kita tetapi datanglah Dikau kepadaku lalu kau usap kepalaku dan bisikkan kata-kata sayang ditelingaku.. Maka pasti Dirimu menemui Diriku menangis dalam penyesalan..Merasai sejuta kali kesakitan dan aku berjanji tidak akan ku kasari si kecil itu lagi..

Kepada Dirimu yang bakal ku sayang..

Diriku tidak sebernas dan secerdik Siti Khadijah yang Berjaya dengan perniagaannya..Diriku hanya manusia biasa yang tidak terkecuali untuk membuat salah.. Maka, maafkanlah kesalahanku dan pasti Diriku menyesali kesalahanku.. Janganlah Dikau pernah berasa bosan untuk mendidikku, mengajarku, mendekatkan diri kepada Allah yang satu kerana Diriku mungkin sahaja memberi alasan tatkala letih dan penat menguasai mindaku.. Janganlah pernah Dikau teragak-agak untuk membangunkanku sepertiga malam untuk bertahajjud bersamamu sambil menunggu masuknya subuh.. Dapatlah kita sama-sama bertadarus dan melakukan solat sunat bersama-sama.. Sekiranya si manja kita sudah besar nanti akanku kejut juga mereka agar mereka dapat sama-sama menyertai kita.. Sejujurnya, Diriku merindui Dirimu menjadi imam subuhku dan membacakan doa qunud mengimami solatku..

Kepada Dirimu yang akan menjadi Suami ku..

Setelah bertahun-tahun melayari bahtera rumah tangga.. Pasti suatu hari nanti Dikau akan melihat Diriku yang dahulunya cantik tetapi kini sudah kereput.. Kulitku dahulunya licin kini sudah berkedut.. Rambut yang dulunya hitam ikal mayang kini sudah memutih dan gugur.. Mataku dahulunya cerah kini sudah rabun.. Diriku dahulunya tinggi kini sudah membongkok.. Mustahil Dikau akan menemukan aku sebagai wanita cantik yang engkau nikahi berpuluh tahun yang lalu..Maka, janganlah dikau berpaling tadah padaku sebaliknya berterusanlah menyayangiku.. Kita bermula dengan seorang diri.. Diriku bertemu dirmu dan kehidupan berdua kita lalui.. Anak-anak rezeki Allah yang menjadi penyeri..Bertambah lagi ahli keluarga yang disayangi.. Cucu cicit kita yang kini tinggal bersama ibu bapa mereka.. Maka tinggallah kembali kita berdua..Sebelum kita kembali menjadi seorang diri di bawah sana..Ketahuilah wahai bakal suamiku.. Sekali Aku mencintaimu, selama-lamanya hatiku tetap menjadi milikmu..











Thursday, January 27, 2011

kaHWiN,kaHWiN,kaHWiN.....

TiPS MeRaNCaNG MaJLiS PeRKaHWiNaN :
  • WaJiB DaFTaR KuRSuS KaHWiN SeBaB KaLau TaK DaFTaR TaK BoLeH KaHWiN... WaJiB, oK!!!~ 2 HaRi Je KoT, JanGaN MaLaS Ye...
  • BuaT MeDiCaL CHeCK uP iaiTu uJiaN SaRiNGaN HIV DaN JaNGaN LaKuKaN PaDa SaaT2 aKHiR KeRaNa BaNYaK PRoSeDuR YaNG PeRLu DiiKuTi SeBeLuM MeNDaPaT KePuTuSaN...
  • LeNGKaPKaN BoRaNG DaN DoKuMeN YaNG PeRLu DiiSi DaN JaNGaN TuNGGu SaaT aKHiT, TaKuT TaK TeRiSi Je...
  • SeTKaN TaRiKH NiKaH DaN SaNDiNG, DaN KaLau BoLeH PiLiH TaRiKH YaNG MeNYeNaNGKaN Ke-Dua2 BeLaH PiHaK... JaNGaN TeRLaLu LaMBaT aTau CePaT SeBaB NaNTi TaKuT MaJLiS Ke MaNa, PeNGaNTiN Ke MaNa (TaKuT SoMeTHiNG BaD HaPPeN Je)...
  • KeNaLPaSTi BaJeT YaNG iNGiN KoRaNG LaBuRKaN uNTuK MaJLiS PeRKaHWiNaN TeRSeBuT DaN MaKe SuRe BaJeT TeRSeBuT aDaLaH DaLaM LiNGKuNGaN KeMaMPuaN Ke-Dua2 BeLaH PiHaK... CaRa TeRBaiK aDaLaH DeNGaN MeMBuaT LiST MeNGeNai 'KRoNoLoGi' SeBeLuM MaJLiS, DaRi PeMiLiHaN TeMa, TeMPaHaN KaD KaHWiN HiNGGa KePaDa MaJLiS BeRSaNDiNG DaN KeNDuRi KeNDaRa... KeMuDiaN TuLiSKaN BaJeT uNTuK SeTiaP PeRKaRa YaNG Di-LiST Tu Bagi MeNDaPaTKaN JuMLaH BaJeT SeCara KeSeLuRuHaN... iNGaT!~ JaNGaN KeTeRLaLuaN DaN LuPa DiRi SeHiNGGa BeRHuTaNG KeLiLiNG PiNGGaNG... BaK KaTa PePaTaH, ' UKuRLaH BaJu Di BaDan SeNDiRi'...
  • KeMuDiaN BoLeHLaH MeMBuaT PeMiLiHaN TeMa aTau KoNSeP PeRKaHWiNaN DaN MaKe SuRe KoRaNG BiNCaNG DuLu DeNGaN PaSaNGaN MeNGeNai TeMa YaNG iNGiN DiPiLiH... iNi aDaLaH PeNTiNG SuPaYa TaK TeRJaDiNYa PeRBaLaHaN YaNG MeMBaWa KePaDa 'TaK JaDi KaHWiN'... TeTaPKaN JuGaK LoKaSi MaJLiS TeRSeBuT SaMa aDa Di RuMaH, DeWaN, TaMaN, HoTeL DLL...
  • PeMBeLiaN BaRaNG HaNTaRaN aDaLaH aMaT HaNTaRaN aDaLaH aMaT PeNTiNG... Se-eLoK2NYa BiNCaNGLaH DeNGaN PaSaNGaN BeRaPa BaNYaK HaNTaRaN YaNG iNGiN DiBeRiKaN (SaMa aDa 7 BeRBaLaS 9, 9 BeRBaLaS 11 DLL)... NoRMaLLY, HaNTaRaN DaRi PiHaK PeReMPuaN aDaLaH LeBiH BaNyaK DaRi PiHaK LeLaKi... aCTuaLLY, BeFoRe KoRaNG MeRaNCaNG uNTuK BeRKaHWiN (DaRi MaSa KoRaNG BeR-CouPLe), KoRaNG DaH BoLeH BeLi BaRaNG HaNTaRaN SiKiT DeMi SeDiKiT... BeLi YaNG BaSiC2 Je MaCaM KaSuT, BeG TaNGaN, BaJu, PeRFuMe DLL... BaRaNG2 uNTuK GuBaHaN HaNTaRaN JaNGaN LuPa BeLi, oK...
  • DaH TeRLaNJuR KoRaNG BeLi BaRaNG HaNTaRaN Tu, JaNGaN LuPa PuLaK NaK BeLi CiNCiN... NaNTi TaK PaSaL2 MaSa MaJLiS BaTaL aiR SeMBaHYaNG, KoRaNG KeNa PiNJaM CiNCiN MaK KoRaNG PuLaK... KaLau BoLeH BeLiLaH CiNCiN eMaS, aDa NiLai... :)

  • KoRaNG DaH BoLeH STaRT PiLiH PaKeJ PeRKaHWiNaN DaN Se-eLoK2NYa BuaT PeMiLiHaN 4 aTau 5 BuLan SeBeLuM MaJLiS BeRLaNGSuNG... KaLau TeMPaH LeWaT2, TaKuT PaKeJ YaNG GoJeS2 DaN BeRPaTuTaN HaBiS DiTeMPaH oRaNG (LaGi2 KaLau MaJLiS KoRaNG Tu DiaDaKaN MuSiM CuTi SeKoLaH)... BiaSaNYa PaKeJ PeRKaHWiNaN Ni TeRMaSuKLaH BaJu PeNGaNTiN, PeLaMiN, MaKe uP (TeRMaSuK MaK aNDaM a.K.a JuRuSoLeK), PiNTu GeRBaNG, HiaSaN MeJa PeNGaNTiN, HiaSaN BiLiK TiDuR, FoToGRaFi, aKSeSoRi (PaYuNG, KiPaS, BaNTaL NiKaH, SeT MeReNJiS, BuNGa TaNGaN, SeLeNDaNG, TiaRa/MaHKoTa, TeNGKoLoK, KeRiS) DLL...


  • LePaS Tu BoLeHLaH BuaT TeMPaHaN SeT KaNoPi DaN KaTeRiNG BaGai... TeMPaHaN KaTeRiNG HeNDaKLaH Di BuaT aWaL2 SuPaYa Si TuKaNG MaSaK DaN KoNCo2NYa BoLeH BeLi BaHaN2 MaSaKaN aWaL2... iNGaT SeNaNG Ke NaK BeLi BaRaNG MaSaKaN? BuaTNYa MaSa Tu aDa CaTuaN (KeS PeNiaGa SoRoKKaN BaRaNG2 HaRGa KaWaLaN), KoRaNG YaNG MaSaK Tau!~ KaNoPi PuN KeNa TeMPaH aWaL2... MaKe SuRe PaKeJNYa TeRMaSuK KeRuSi, MeJa, KHeMaH aRaBiaN (SeKaRaNG Ni MeMaNG BaNYaK GunaKHeMaH JeNiS Ni), TRaY LauK, PiNGGaN, GeLaS, DLL...

  • SeKaRaNG KoRaNG DaH BoLeH BuaT LiST NaMa2 SauDaRa MaRa, KaWaN2 aTau KeNaLaN YaNG iNGiN DiJeMPuT Ke MaJLiS KoRaNG Tu... NaNTi SeNaNG NaK aNGGaR BeRaPa KaD JeMPuTaN YaNG KoRaNG PaTuT TeMPaH... LaGiPuN DeNGaN aDaNYa LiST Ni, KoRaNG BoLeH TaHu SeBeSaR DaN SeMeRiaH MaNa MaJLiS KoRaNG NaNTi...
  • LePaS BuaT LiST, KoRaNG BoLeHLaH BuaT TeMPaHaN KaD KaHWiN... MaKe SuRe KoRaNG BuaT TeMPaHaN KaD KaHWiN 3 BuLaN SeBeLuM MaJLiS BeRLaNGSuNG... YeLaH, NaK TuNGGu KaD Tu Siap DaH aMBiL MaSa, NaNTi TaKuT TeR-KeJaR2 PuLaK NaK JaDi 'PoSMeN'... BeFoRe THaT, SuRVeY2 La DuLu KaD2 KaHWiN YaNG oK... BiaR MuRaH aSaLKaN CaNTiK DaN DaLaM LiNGKuNGaN BaJeT... SeKaRaNG Ni PuN BanYaK WHaT KaD2 KaHWiN YaNG MuRaH TaPi CaNTiK... 'SeDaP MaTa MeMaNDaNG' GiTu... (KaD Ni PaRa JeMPuTaN aKaN BuaNG JuGaK!~). KaLau BoLeH, BuaT KaD YaNG BoLeH MeMuaTKaN aLaMaT PiHaK LeLaKi Dan PeReMPuaN... JiMaT DuiT!~ LaGi SaTu, SeLaLuNYa KaLau KiTa TeMPaH KaD KaHWiN, Si PeMBuaT KaD KaHWiN Tu aKaN MeMBeRiKaN BaNTiNG SeCaRa PeRCuMa... TaK TaHu aPa Tu BaNTiNG? BaNTiNG Tu YaNG SeLaLu DiGaNTuNG KaT TiaNG2 eLeKTRiK Tu... HaHa!~

  • BaNYaKKaN YaNG KoRaNG DaH TeMPaH? JaNGaN LuPa TeMPaH oRaNG PeNTiNG uNTuK MaJLiS KoRaNG Tu; ToK KaDi a.K.a JuRuNiKaH... Hai, ToK KaDi PuN NaK KeNa TeMPaH Ke? oF CouRSe La!~ ToK KaDi Ni SaNGaT PeNTiNG , oK!~ DaN KaLau NaK TaHu, Be-ReBuT2 oRaNG NaK TeMPaH BeLiau Ni, LaGi2 KaLau MuSiM CuTi SeKoLaH... KaLaH PiSaNG GoReNG PaNaS!!!~ TaPi SeLaLuNYa BaPa PeNGaNTiN PeReMPuaN YaNG aKan NiKaHKaN aNaK MeReKa... So PeNGaNTiN LeLaKi, BeRSiaP SeDiaLaH uNTuK BeRaSa GuGuP Di DePaN BaPa MeNTua aNDa!~ :D WaLi DaN SaKSi PuN KeNa PaSTiKaN DaH aDa, oK...

  • oK2... SeKaRaNG Ni KoRaNG BoLeHLaH BeLi SouVeNiR uNTuK PaRa TeTaMu KoRaNG... TaKKaN NaK SuRuH DoRaNG BaLiK DeNGaN TanGaN KoSoNG KaN? aPa YaNG SaYa BoLeH SuGGeST KaT SiNi aDaLaH, BaGi Je CuPCaKe aTau FRuiT CaKe SoRaNG SaTu.... SeTTLe!~ :D

  • BaRaNG2 HaNTaRaN JaNGaN LuPa HaNTaR KaT oRaNG uNtU DiGuBaH... TaPi KaLau KoRaNG ada KeMaHiRaN aTau SeNi DaLaM PeNGGuBaHaN BaRaNG HaNTaRaN, aPa KaTa KoraNG Je YaNG GuBaH... SeLaiN JiMaT DuiT, KoRaNG BoLeHLaH MeLuaHKaN BaKaT TeRPeNDaM KoRaNG Tu... :D
  • NoW, KoMPaNG... KoMPaNG iS a MuST, oK!~ KaLau TaK aDa KoMPaNG, TaK MeRiaHLaH MaJLiS PeRKaHWiNaN KiTa Tu... TeMPaH JaNGan TaK TeMPaH... SeLaLuNYa RuKuNTeTaNGGa KaWaSaN KoraNG MeSTi aDa KuMPuLaN KoMPaNG SeNDiRi... TeMPaH Je KaT DoRaNG... HaBiS CeRiTa... SeLaiN Tu, HiBuRaN LaiN SePeRTi SiLaT GaYuNG Ke, MaRHaBaN Ke, DJ Ke, BoLeHLaH DiTeMPaH SeKaLi...kaLO xmau xpE juGaK....;-)
  • oK, SeKaRaNG KoRaNG DaH BoLeH KaHWiN... PaNG PaNG KoPaNG KoPaNG, GeBiNG GeBiNG GeBiNG GeBiNG!!!~ HaHaHaHaHa!~
TiPS MeMiLiH PaKeJ PeRKaHWiNaN :
  • HaRGa Tu FiXeD aTau BoLeH DiRuNDiNG? MaKe SuRe KoRaNG TaWaR MeNaWaR SeReNDaH YaNG BoLeH... aCTuaLLY, KeBaNYaKaN HaRGa2 uNTuK PaKeJ PeRKaHWiNaN BuKaNLaH HaRGa FiXeD... So, SeLaMaT TaWaR MeNaWaR Ye... :)
  • LePaS Tu PaSTiKaN HaRGa YaNG TeRDaPaT DaLam PaKeJ Tu BeRPaTuTaN aTau TaK... BiaSaLaH, HaRGa PaKeJ KaHWiN NI LaiN2... PaDaHaL KuaLiTi aND MaTeRiaL YanG DoRaNG GuNaKan SaMa Je... aPa YaNG aDa DaLaM PaKeJ PeRKaHWiNaN BoLeH RuJuK KaT aTaS (TiPS MeRanCanG MaJLiS PeRKaHWiNaN)...
  • aDa CaJ PeNGaNGKuTaN TaK KaLau PaKeJ aTau KHiDMaT YaNG KoRaNG NaK GuNaKaN Tu LuaR DaRi KaWaSaN KoraNG? MeaNS DaRi daeRaH aTau NeGeRi LaiN... KaLau JaRaK DeKaT, TaKKaN NaK KeNaKaN CaJ JuGaK KaN?
  • MeSRa PeLaNGGaN TaK KHiDMaT PaKeJ PeRKaHWiNaN YaNG DiBeRiKaN Tu? aDa SeSeTeNGaH Tu, KaLau KiTa Ni BuKaN GoLoNGaN VIP aTau aNaK DaTo', DoRaNG BuaT BoDoH Je... CoNToHNYa KaLau MiNTa aDJuSTKaN BaJu Ke, aPa Ke, DoRaNG aKaN MeRuNGuT... aPa2 PuN KoraNG aDa HaK NaK SuRuH DoRaNG BuaT aPa YaNG KoRaNG MiNTa SeBaB KoRaNG BuKaN TaK BaYaR PuN KHiDMaT DoRaNG...
  • MaKe SuRe PaKeJ YaNG KoRaNG PiLiH Tu DaLaM LiNGKuNGaN BaJeT KoRaNG... BiNCaNG2LaH DeNGaN PeRuNDiNG PeRKaHWiNaN Tu, oK...

TiPS aNGGaRaN BaJeT MaJLiS PeRKaHWiNaN :

TaK aDa TiPS PuN SeBeNaRNYa... CuMa NaK KORaNG BuaT aNGGaRaN BaJeT uNTuK PeRkara2 BeRiKuT Je... :)
  • KuRSuS KaHWiN (maybe daLaM RM80 Je KaLau KaT TeMPaT LaiN seLaIN keLaNtan...)
  • MaS KaHWiN (iKuT NeGeRi MaSiNG2...)
  • WaNG HaNTaRaN (NoRMaLLY aNTaRa RM8000 uNTiL RM15000)
  • uPaH JuRuNiKaH aTau ToK KaDi (RM80+ Je KaLau TaK SaLaH)
  • BaRaNG HaNTaRaN
  • GuBaHaN HaNTaRaN
  • CiNCiN
  • PaKeJ KaHWiN
  • FoToGRaFi (aLBuM, ouTDooR, iNDooR)
  • KeNDuRi
  • KHeMaH / KaNoPi
  • JuRuGaMBaR
  • HiBuRaN
  • HoNeYMooN
iTuLaH SeRBa SeDiKiT TiPS YaNG DaPaT SaYa BeRiKaN (SeDiKiT????). HaHa!~ KaLau iKuTKaN HaTi, MaCaM2 LaGi YaNG SaYa NaK TaMBaH, TaPi TaKuT KoRaNG BoSaN PuLaK... JaNGaN RiSau, KaLau aDa TiPS TeRBaRu, SaYa aKaN RoGeR2... HeHe!~


P/S : SaYa SiBuK BuaT eNTRY Ni TaPi MaJLiS SaYa TaK TaHu BiLa aKaN BeRLaNGSuNG... JoDoH PuN TaK JuMPa2 LaGi Ni... :s 'KaMu'...

Sunday, January 23, 2011

reNunGAN aku,kau,kamu dan semua.............

SAAT DITALKIN KAN...Asyhaduallailahaillallah.........

RENUNGKANLAH SEJENAK KHAS UNTUK DIRI KITA SENDIRI TAKDA SIAPA YG BOLEH MEMBANTU KITA KETIKA NYE SAKARATUL MAUUUUUUUUTTTTT........

Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidakA ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang mengucap....Asyhaduallailahaillallah........."ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu, manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu 'kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut....... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan.

"Panas, dahaga, haus, panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini". "Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....". Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi nakku, matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang, mengucap.Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". cahaya putih datang. datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang

"Apa ini,apa ini?. Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk. dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya......". "Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?". "Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji..........". Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti,tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?" Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!" Keengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. tapi kemana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!". Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar........". Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sdikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan......aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!!

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."