Tuesday, April 19, 2011

tINta buat baKaL suamiKU...


Nukilan yang ikhlas ini ku tulis dari hatiku untuk Dirimu..Wahai buah hati bakal membimbing ku kelak..Di mana sahaja Dikau berada ketahuilah Diriku ini sentiasa menanti kehadiranmu dalam hidupku..Sebelum lebih panjang celotehku..Ingin ku ucapkan ribuan terima kasih kepada Dirimu kerana memilih Diriku yang serba kekurangan ini daripada jutaan wanita di luar sana untuk menjadi peneman hidupmu..

Kehadapan pemimpin ku kelak..

Diriku ingin dirimu tahu bahawa Diriku ini hanya insan biasa.. Yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan..Jadi, janganlah Dikau marah padaku atas setiap kesilapanku..Diriku mungkin terlupa, tersilap serta lalai.. Nasihatilah Diriku dengan cara berhikmah serta mau’izatul hasanah iaitu nasihat nasihat yang baik agar dapat Dikau mendidikku dalam keadaan yang diredhai Allah.. Seperti firman Allah dalam surah AN-Nahl ayat 125..

Maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu ) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang – orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Serta Diriku mohon agar sifat marah tidak akan berputik dalam hatiku dan hatimu..Marah bukannya cara untuk menyelesaikan masalah sebaliknya menambahkan masalah..Maka dengan itu, Diriku mohon agar Diriku dan Dirimu dapat mengawal perasaan marah masing-masing kerana Diriku hanya ingin suasana yang aman damai dan tenang bersama dirimu kelak..

Sabda Rasullullah S.A.W. yang bermaksud; “Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan ketika dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)”

(Hadis Riwayat Baihaqi)

InsyaAllah Diriku akan mendengar nasihatmu kerana bagiku Dikaulah pemimpinku..Maka takutlah aku untuk menidakkanmu..

Buatmu yang bakal menyayangiku..

Seperti yang ku beritahu padamu, Diriku tiada yang istimewa.. Perasaan lebih cenderung untuk menguasai fikiranku..Diriku hanyalah seorang wanita yang mempunyai 9 nafsu dan 1 akal berbanding dirimu yang memiliki 1 nafsu dan 9 akal..Sudah terang lagi bersuluh bahawa setiap tindakan Dirimu lebih wajar daripada Diriku..Perasaan ku mungkin terganggu pada sesetengah masa..Hatiku mungkin cepat tersentuh..Diriku mungkin terlebih sensitif berbanding dirimu..Pasti Dirimu akan menemukanku dalam keadaan menangis..Ketahuilah bahawa Diriku hanya inginkan perhatian yang lebih darimu.. Ingin sungguhku berada dalam pelukan seorang lelaki yang menyayangiku pada ketika itu..Maka tenangkanlah Diriku dalam pelukanmu..Kerana Diriku berasa selamat tatkala berada dalam pelukanmu serta keprihatinanmu terhadap diriku dapat ku rasa..

Duhai Dikau yang akan menikahi ku kelak..

Sematkanlah dalam mindamu bahawa Diriku tidak akan sentiasa kekal sepertimana pertama kali Dikau melihat Diriku.. Diriku tidak memiliki kecantikan seperti Puteri Balqis yang Dikau bisa megah-megahkan di kalangan temanmu.. Diriku tidak pernah berasa cantik sungguhpun Dikau mungkin berkata bahawa Diriku adalah wanita tercantik di matamu..Diriku hargai segala pujian Darimu tetapi janganlah Dikau memberi ruang padaku untuk menyemai sifat riak, ujub, dan takbur kerana itu adalah syirik khafi yang perlu dijauhi..Allah berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 65 :

Maksudnya : Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepada kamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi terdahulu daripada kamu : Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu dan engkau akan tetap menjadi orang-orang yang rugi..

Maka, sekiranya Diriku tersilap dan melakukan perkara tersebut (nauzubillah)..Ingatkanlah Diriku pada doa yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. ini..

“ Ya Allah, Kami berlindung kepadaMu dari menyetukukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun kepadaMu dari segala sesuatu yang tidak kami ketahui ”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)idak selamanya Diriku akan kekal muda, cantik dan cergas.. Pasti adakalanya Diriku akan kelihatan begitu kusam dan hodoh malah bedak tipis juga tidak berada di mukaku.. Mungkin kerana Diriku begitu sibuk memasak di dapur pada ketika itu untuk menyediakan santapan buatmu dan anak-anak kita nanti..InsyaAllah..Mungkin juga kerana diriku sibuk menguruskan mahligai indah kita sungguhpun tidak sebesar mana..Agar dapat Dikau berehat dan melepaskan lelah setelah penat bekerja mencari nafkah buat keluarga..Kemungkinan sahaja Diriku tidak sempat berdandan ketika menyambut kepulangan Dirimu dari kerja..Mungkin akan ku sambut kepulanganmu dengan hanya segelas air kopi di tangan dan akan ku tukar kopi tersebut dengan beg kerjamu setelah ku cium tanganmu..Atau mungkin sahaja Dirimu menemui Diriku dengan lingkaran hitam dikeliling mataku.. Janganlah dikau ketawa dan memanggilku “mama panda” kerana bukan tujuanku untuk kelihatan seperti itu..Diriku mungkin tidak cukup tidur pada malam sebelumnya kerana menjaga anak kecil kita yang merengek kerana tidak sihat.. Tidak sampai hatiku mengejutmu dari tidur kerana ku tahu Dirimu letih mencari rezeki untuk keluarga.. Sanggup ku bersengkang mata demi kebahagiaan rumah tangga kita.. Maka, keesokan paginya hadiahkanlah senyuman yang manis padaku tanda Dirimu senang dengan Diriku tidak kiralah apa jua rupa keadaanku..

Padamu yang akan menjadi ketua keluargaku kelak..

Ingatlah bahawa Diriku ini tetap wanita biasa yang bisa menangis, marah, kecewa, gembira, sedih dan ketawa..Maka Diriku berharap agar dapat Dirimu bersabar dengan segala kerenah Diriku.. Bukan niatku untuk membuat Dirimu pening dengan kerenahku tetapi telah ku katakan tadi..Aku hanyalah wanita biasa dan diriku tidak sesabar Fatimah..Ada kalanya tanganku akan mencubit manja pipi munggil anak kita atau memukul buah hati kita.. Bukan bermakna Diriku membenci mereka.. Ibu mana tidak sayangkan anaknya..Tidak akan ku kasari putera puteri kita.. Tetapi sekiranya Diriku sudah buntu bagaimana hendak menenangkan rengekan putera puteri kita, mungkin Diriku akan berbuat demikian.. Janganlah Dikau menengking padaku kerana mengasari anak-anak kita tetapi datanglah Dikau kepadaku lalu kau usap kepalaku dan bisikkan kata-kata sayang ditelingaku.. Maka pasti Dirimu menemui Diriku menangis dalam penyesalan..Merasai sejuta kali kesakitan dan aku berjanji tidak akan ku kasari si kecil itu lagi..

Kepada Dirimu yang bakal ku sayang..

Diriku tidak sebernas dan secerdik Siti Khadijah yang Berjaya dengan perniagaannya..Diriku hanya manusia biasa yang tidak terkecuali untuk membuat salah.. Maka, maafkanlah kesalahanku dan pasti Diriku menyesali kesalahanku.. Janganlah Dikau pernah berasa bosan untuk mendidikku, mengajarku, mendekatkan diri kepada Allah yang satu kerana Diriku mungkin sahaja memberi alasan tatkala letih dan penat menguasai mindaku.. Janganlah pernah Dikau teragak-agak untuk membangunkanku sepertiga malam untuk bertahajjud bersamamu sambil menunggu masuknya subuh.. Dapatlah kita sama-sama bertadarus dan melakukan solat sunat bersama-sama.. Sekiranya si manja kita sudah besar nanti akanku kejut juga mereka agar mereka dapat sama-sama menyertai kita.. Sejujurnya, Diriku merindui Dirimu menjadi imam subuhku dan membacakan doa qunud mengimami solatku..

Kepada Dirimu yang akan menjadi Suami ku..

Setelah bertahun-tahun melayari bahtera rumah tangga.. Pasti suatu hari nanti Dikau akan melihat Diriku yang dahulunya cantik tetapi kini sudah kereput.. Kulitku dahulunya licin kini sudah berkedut.. Rambut yang dulunya hitam ikal mayang kini sudah memutih dan gugur.. Mataku dahulunya cerah kini sudah rabun.. Diriku dahulunya tinggi kini sudah membongkok.. Mustahil Dikau akan menemukan aku sebagai wanita cantik yang engkau nikahi berpuluh tahun yang lalu..Maka, janganlah dikau berpaling tadah padaku sebaliknya berterusanlah menyayangiku.. Kita bermula dengan seorang diri.. Diriku bertemu dirmu dan kehidupan berdua kita lalui.. Anak-anak rezeki Allah yang menjadi penyeri..Bertambah lagi ahli keluarga yang disayangi.. Cucu cicit kita yang kini tinggal bersama ibu bapa mereka.. Maka tinggallah kembali kita berdua..Sebelum kita kembali menjadi seorang diri di bawah sana..Ketahuilah wahai bakal suamiku.. Sekali Aku mencintaimu, selama-lamanya hatiku tetap menjadi milikmu..