Thursday, January 6, 2011

kemaNisan daLam ujiAN.....


sesekali ingatan kepada peristiwa lepas menyapa kembali di ingatanku...seringkali jua diriku menepis ingatan tersebut..mungkin kerana sukar untuk menerima sebuah hakikat kebenaran.Dikhianati....tercalar nilai kepercayaan pada sebuah persahabatan dek percintaan.Namun Allah Maha Mengetahui,apa yang terbaik buat hambaNya...mungkin jua kerana itu Dia terus menerus mengingatkan memori silam yang pedih dan pahit itu..Tujuannya hanya satu.....berfikir! ya untuk aku berfikir..... seketika diriku keseorangan,merenung maksud tersirat di sebalik yang tersurat...Apakah ia sekadar mengingatkanku agar jangan mudah mempercayai orang lain??? Itu ada benarnya,tapi bukan keseluruhannya...Bila x berhasil menemui jawapannya.maka ia dibiarkan berlalu begitu saja...mungkin ku rase itu adalah sekadar perasaan pada sebuah lamunan yang x berkesudahan....

Namun dalam x sedar,bayangan tersebut masih menyinggah...menarik diri,hati dan fikiran untuk mencari rahsia yg tersembunyi...hikmah yg terselindung..Pasti ade sesuatu yg ingin disampaikan.....Pada yang Esa aku adukan segalanya..merintih,merayu, mengharap belas ehsanNya,agar ditunjukkan jalan kebenaran buatku....ku mohon padaNya agar diberi kekuatan menghadapi ujian dan dugaan ini...aku mahu jd mukmin yg diredhaiNya,menempa syurga abadi,insyaAllah.....ya Allah berikan aku petunjukMu agar jalanku terang dan sentiasa dilimpahi rahmatMu...berikan aku hidayah dan petunjukMu agar aku boleh melaluinya dengan hati yg tenang dalam keredhaanMu....peliharalah aku ya Allah,agar langkah perjalananku terhindar dari dosa dan noda...dosa yg telah aku lakukan.....:-(


Tatkala hal yg sama diungkit lg oleh pihak lain,diri kembali terpaku lantaran mata dan hati jauh mengimbau...mengenang kembali...walau berusaha untuk melupakannya...mengapa setiap kali disuarakan,hati ini akan sakit???mengapa????bukan sakit yang biase,tapi sakit kerana pedihnya hati menanggung beban..Bagaimana dapatku hapuskan beban ini ya Allah??bantulah aku.....
Ya Allah,apakan aku ada menyimpan hasad dengki atau dendam di sebalik apa yg berlau??ya Allah seandainya ikhlas itu adalah syaratnya,maka kini aku ikhlaskan seluruh jiwa ragaku menerima cubaan ini...Ya Allah,jika dengan redha itu adalah penyelesaiannya,aku bersaksi bahawa kini aku berserah dan redha menerima takdirMu...cukuplah sakit ini mendera perasaanku...jgn biarkan ia berterusan,sebaliknya lindungilah ia dengan keampunanMu agar terubat lukaku yg semalam dgn sentuhan kasih dan sygMu....aku pohon padaMu ya Allah.....

terima kasih untuk lagu ni yg byk memberi motivasi padaku....
Pernah hati ini terguris

Dengan fitnah dan tohmahan menghiris

Sehingga terasa diri ini hina

Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani

Keseorangan aku di lautan sepi

Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya

Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu
Tuhan
Yang Berkuasa jua Mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui

Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi

Menahan dugaan yang mencabar ini

Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku terhenti di pertengahan
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci

Agar terbitlah kembali mentari pagi

Setelah malamku berkalut benci


syukurlah kini segalanya telah kembali pulih..tiada lagi kesakitan,tiada lagi kebencian..yang ada cuma harapan pada sebuah kehidupan....Moga di akhirnya hasanag yg diperolehi...Mungkin ini rahmatnya...Dalam ujian yg kecil Dia ajarkan banyak perkara...di sinilah aku mempelajari erti sabar,ikhlas,redha dan menghormati yg lain..

Namun apa yg berharga adalah nilaian terindah dalam membina hubungan dengan pencipta...mudah-mudahan aku sentiasa dalam rahmat dan redhaNya..insyaAllah...
Hakikatnya pengalaman lalu bukanlah untuk diri hilang percaya pada yang lain tetapi mengajar erti kasih sayang sesama insan...perlu memahami dan menghormati hak sesama manusia..x dinafikan lagi, tarbiah Allah sangat dalam maksudnya, halus penyampaiannya tetapi indah perasaanya. Moga kita dikurniakan hikmah agar bisa menyingkap apa makna disebalik setiap ujian yang menimpa kita,dan semoga tiada lagi hati yang terkunci disebabkan hal yg mudah dan anggaplah itu semua dugaan dan kemanisan dalam perjalanan hidup kita.....

alhamdulillah,terima kasih atas ujianMu kepadaku ya Allah.....



No comments:

Post a Comment