Monday, September 27, 2010

siApa pemiLik cintaKu....


Sekadar mahu berkongsi dengan para wanita, di saat mengidamkan seorang lelaki yang berwatak soleh, jom kita cek balik diri kita .

WANITA IDAMAN….
wanita idaman lelaki ialah..
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala

yang solatnya maruah dirinya

yang tidak pernah takut untuk berkata benar

yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yg berjuang di jalan Allah


wanita idaman lelaki ialah…
yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

wanita idaman lelaki ialah…
wanita yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga

yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga

yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam

yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

wanita idaman lelaki…
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat…
yang boleh diajak berbincang dan berbicara

yang menjaga matanya dari berbelanja

yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya


wanita idaman lelaki ialah…
yg tidak pernah membazirkan masa matanya kepenatan kerana penat membaca, suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir, tidurnya lena dengan cahaya keimanan bangun subuhnya penuh kecergasan kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

wanita idaman lelaki…..
sentiasa mengingati mati yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga agar berputik tunas dan yang bakal menjadi baka yang baik meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

wanita idaman lelaki…
yang tidak terpesona dengan buaian dunia kerana dia mengimpikan syurga, di situlah rumah idamannya dan dia ingin membawaku bersama dialah wanita idaman lelaki…

insyaAllah kita sama memperbaiki kelemahan diri kita...;-)rarh

No comments:

Post a Comment